Thursday, January 28, 2010

Cinta : Adakah perlu???

Tiba-tiba jerk terasa cam nak cakap pasal cinta hari ni..he3...jangan la korang ingat ana ni jiwang plak..(but sometimes I am..hu3)
Ok,..cinta nie meluas maknanya,terlalu umum bg ana.Cinta mmg amat diperlukan dalam hidup.Takkan lahir kita ke dunia nie tanpa cinta dari ibu bapa.Takkan wujud segala yg ada di bumi nie tanpa cinta dari penciptanya,ALLAH.Sebenarnya,definisi cinta terlalu luas.Cinta adalah milik mutlak Allah dan hanya sedikit dipinjamkanNya ke dalam hati makhlukNya.Cinta kpd ilmu, benda, binatang, tumbuhan, sesama manusia dan segala yg lain.Tetapi yg terutama adalah cinta kpd ALLAH dan kemudian Rasulullah S.A.W.

Hmmm..berkata tentang cinta sesama manusia(nisa' dan rijal)....naluri..perasaan cinta/ingin bercinta/berkasih/sayang menyayangi..semua tu adalah lumrah dan sesuatu yg natural dalam diri setiap insan.Tapi yg mampu mengawal dan mengarahkannya ke arah yg betul hanyalah iman dan akal.Hmm..ramai yg kata masa remaja nie adalah masa yg sesuai utk bercinta.Ramai kawan2 sekeliling ana yg bercinta.Kenapa begitu??Ana rasa,bercinta(nisa' dan rijal)tak salah.Tapi cara untuk bercinta itu yg salah dan boleh membawa kepada hukum haram dan berdosa.MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA(trademark sahabat ana,Azreen Farihah Ahmad) yg telah ditentukan oleh Islam itu sendiri.Janganlah kerana cinta kita ternoda, terjatuh, lantas hilang tujuan hidup.Cinta mempunyai tarikan yg kuat,cinta mampu membawa kesengsaraan, juga mampu membawa kebahagiaan.Cinta merupakan kekuatan juga kelemahan.

Untuk bercinta lihatlah di sudut positifnya dan lihat juga negatifnya.Fikir2kanlah..
bercintalah melalui saluran dan cara yg betul.Sandarkan segala cinta kita kpd ALLAH.
Carilah cinta ALLAH dahulu sblm cinta manusia kerana cinta Allah adalah cinta yg sejati.ALLAH tidak akan sesekali meninggalkan kita tapi kita yg selalu meninggalkanNya(lalai/lupa).For this time being,ana berusaha mencari cinta ILAHI..tapi ada ketikanya ana terlalai juga..Masih terus mencari dan mencari n masih banyak lagi yg perlu diimprovekan.

Hmm..itu sahaja untuk post kali nie.Sememangnya, berkata lebih mudah dari melaksanaknnya.Ana mohon khilaf sekiranya ada yg tersilap tutur bicara.Jika ada yang tersalah mohon diperbetulkn.Segala yg baik datang dariNya dan segala yg buruk itu juga datang daripadaNya tetapi disandarkan ke atas kelemahan ana sebagai hambaNya yg hina ini.

One one one I love ALLAH..
Two two two I love Rasulullah..
Three three three I love father mother..

I love you,you love me,we're happy family,
We love ALLAH n we love Rasulullah S.A.W.
We all come from one ummah...

The conclusion is sayangilah ALLAH S.W.T. dulu barulah sayang orang lain..
Wallahu'alam bissawab.....

2 comments:

  1. salam 'alaiki..
    =).. nice post alang..!
    owh.. ehem.. rse mcm skit2 tekak je.. hehe..
    ape yg andak nk stresskn kat sni hanyalah,
    "cinta itu tidak buta, tetapi, manusialah yang membutakannya.." cinta asalnya bersifat qudus.. namun, dikala ini, cinta itu salah ditafsirkan oleh sesetengah insan yang masih tercari-cari serta dikaburi oleh keindahan pesona duniawi.. insyaAllah, andak doakan yg terbaek buat alang yg dsayangi.. =)..

    ReplyDelete
  2. salam 'alaiki....syukran andak...
    ehehhe....kisah lme tue....kui3..
    sayang andak juga!!(",)

    ReplyDelete