Saturday, January 22, 2011

Ashabul Kahfi...


Alhamdulillah,semalam ana telah diberi peluang olehNya untuk turun ke surau Mawar dan solat berjemaah Maghrib dan Isyak bersama2 sahabat2 & penghuni surau mawar yg lain.Usai solat Maghrib berjemaah, kami adakan tadarus surah Al-Kahfi. Surah ini berkisarkan kisah Ashabul Kahfi, 7 orang pemuda yg beriman.Pemuda2 yg beriman ini telah berterus-terang pada seluruh pembesar dan di hadapan Raja Dikyanus bahawa mrk hanya menyembah ALLAh S.W.T

Firman Allah:
dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kamu berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."
Al-Kahfi 18:14)

inilah yg dikatakan oleh 7 org pemuda yg beriman ketika b'diri di hdpn Raja Dikyanus yg zalim lagi sombong.

Firman Allah:
Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmatNya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna
dalam urusanmu.
(Al-Kahfi 18:16)

perkataan ini terjadi antara mereka itu sendiri yang timbulnya kerana ilham dari Allah. Allah telah memberi ilham kepada mereka untuk berlindung di dalam gua. reflect diri kita...cukup tinggi dan kuatkah iman kita sepertimana iman mereka ini? Cuba kita relatekan kisah Ashabul Kahfi ini dgn kehidupan seharian kita. Andaikata kita menghadiri ape2 program yg mengandungi unsur2 maksiat, kuatkah iman kita untuk meninggalkan program t'sebut, ataupun kita terus terpacak di situ?? Tatkala kita berada di suatu tmpt, tiba2 dtg seorang rakan, menceritakan keburukan seorang rakan yg lain (mengumpat)..mampukah kita lari dr tmpt t'sebut??ataupun mampukah hati kita menafikan segala kata2 t'sebut?..
DI MANAKAH TAHAP IMAN KITA??..
peringatan buat diriku...moga kita semua tergolong dlm golongan spt mereka yg kuat imannya,Ameen..

Wallahua'lam.

Ashabul Kahfi - Raihan

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri ke dalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Illahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan syurga
Qitmir yang mulia

Thursday, January 13, 2011

...Takaful Ikhlas...


Assalamu'alaikum....

Setelah lama 'cuti' dari menulis di blog ini,hari ini diberi ruang masa dan kesempatan olehNya untuk menulis lagi...Alhamdulillah...Rindu untuk menulis.Banyak perkara yang ingin dicoretkan dan dikongsi dengan pembaca blog ini,tetapi pasti sangat sukar untuk ana istiqamah dlm penulisan blog ini..

Baru semalam diberi peluang olehNya untuk bertemu seorang sahabat yg sudah lama ana rindui. Kami sudah lama merancang untuk bertemu tetapi belum ada rezeki, baru semalam berkesempatan.Rindunya ana pd sahabat ini hanya ALLAH yg tahu. Bertemu kembali setelah sekian lama terpisah benar2 satu rahmat buat ana. Pertemuan dgn ukhti ini membuat ana terkenang kembali kisah kami ketika di Kuantan dulu..Memori bersama kalian takkan ana lupakan..Along,Bonda,Angah,Achik,Ateh,AnjangAndak,Uda&Ucu..

Sebenarnya pertemuan kami semalam adalah kerana ada temujanji untuk mendengar penerangan tentang takaful ikhlas.Mungkin anda pernah dgr ttg takaful bukan??Tapi sejuh mana anda mengetahui ttg takaful?Sangkaan ana, ianya sama dgn perlindungan insurans yg selalu kita dgr-MAA dsb.Tapi sbnrnye tidak.Ianya lebih kepada simpanan berteraskan Islam.Dan di samping menabung untuk kegunaan masa hadapan, dlm mase yg sama kita turut membantu orang lain. Dalam kata lain, takaful mengamalkan konsep tabarru'(derma).Selepas mendengar penerangan drpd akhi t'sebut, kami berminat untuk menyertai skim takaful ikhlas ini dgn simpanan RM500/sem.


Atas alasan apakah ana menyertai takaful ikhlas ini?Sudah tentunya krn ana sayangkan family ana..relevan x alasan nie.Bagi ana,ye..coz we don't know what'll happen to us in future.Kita hanya merancang, ALLAH jua yg menetukan segala-galanya.So, we better prepare for future undertaking.Ana tak reti nk meluahkan rasa sayang ana melalui kata2..so this the best thing that I can do to show my love to my parents as well as repay their kindness to me since I was small up until now.Memang setiap anak menyimpan impian & cita2 untuk membalas jasa kedua2 ibu bapa setelah habis belajar..bekerja dan seterusnya mempunyai pendapatan sendiri.Tetapi,adakah kita benar2 yakin dan pasti bahawa kita sempat melakukan itu semua??Fikir-fikirkanlah..

sebenarnya, banyak lagi manfaatnya kalau kita masuk takaful ni..mudah2an apa yg ana lakukan ni memberi manfaat pd seluruh umat Islam..