Saturday, January 22, 2011
Ashabul Kahfi...
Alhamdulillah,semalam ana telah diberi peluang olehNya untuk turun ke surau Mawar dan solat berjemaah Maghrib dan Isyak bersama2 sahabat2 & penghuni surau mawar yg lain.Usai solat Maghrib berjemaah, kami adakan tadarus surah Al-Kahfi. Surah ini berkisarkan kisah Ashabul Kahfi, 7 orang pemuda yg beriman.Pemuda2 yg beriman ini telah berterus-terang pada seluruh pembesar dan di hadapan Raja Dikyanus bahawa mrk hanya menyembah ALLAh S.W.T
Firman Allah:
dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kamu berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."
Al-Kahfi 18:14)
inilah yg dikatakan oleh 7 org pemuda yg beriman ketika b'diri di hdpn Raja Dikyanus yg zalim lagi sombong.
Firman Allah:
Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmatNya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna
dalam urusanmu.
(Al-Kahfi 18:16)
perkataan ini terjadi antara mereka itu sendiri yang timbulnya kerana ilham dari Allah. Allah telah memberi ilham kepada mereka untuk berlindung di dalam gua. reflect diri kita...cukup tinggi dan kuatkah iman kita sepertimana iman mereka ini? Cuba kita relatekan kisah Ashabul Kahfi ini dgn kehidupan seharian kita. Andaikata kita menghadiri ape2 program yg mengandungi unsur2 maksiat, kuatkah iman kita untuk meninggalkan program t'sebut, ataupun kita terus terpacak di situ?? Tatkala kita berada di suatu tmpt, tiba2 dtg seorang rakan, menceritakan keburukan seorang rakan yg lain (mengumpat)..mampukah kita lari dr tmpt t'sebut??ataupun mampukah hati kita menafikan segala kata2 t'sebut?..
DI MANAKAH TAHAP IMAN KITA??..
peringatan buat diriku...moga kita semua tergolong dlm golongan spt mereka yg kuat imannya,Ameen..
Wallahua'lam.
Ashabul Kahfi - Raihan
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri ke dalam gua
Demi menyelamatkan iman
Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu
Begitulah kuasa Illahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan syurga
Qitmir yang mulia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment