Monday, November 28, 2011

..MaBruk WahaI iNsAn..^_^


Assalamu'alaikum w.b.t...

setinggi2 kesyukuran dirafakkan kepada ALLAh S.W.T atas nikmat nafas yg masih diberikan hingga ke saat ini..,juga atas nikmat IMAN dan ISLAM yg tidak dapat dicari ganti..selawat dan salam ke atas junjungan besar S.A.W dan para sahabat Baginda..

Walaupun keputusan UPSR sudah lama diumumkan,namun masih belum terlambat rasanya untuk saya berkongsi berita ini..yang mengisahkan seorang kanak-kanak istimewa yang mampu meraih keputusan cemerlang, yang mana kekurangan dirinya tidak lan
gsung dijadikan alasan untuk tidak mencapai kejayaan..malah menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan..
saya kira masih ada insan normal lain yang keputusan mereka tidak secemerlang adik ini..

~jom baca berita ini~

ARKIB : 19/11/2011

Rabun tidak halang cemerlang


Muhammad Qayyim Nizar Sarimi gembira menatap keputusan UPSR 3A dan 2B di Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh, Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 18 Nov. - Walaupun mengalami masalah penglihatan iaitu rabun, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 13, membuktikan dia masih mampu mencapai kejayaan dengan mendapat 3A dan 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011.

Lebih membanggakan, dia yang pernah muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2011 bagi sekolah rendah dan naib johan program realiti kanak-kanak Adik-Adikku musim pertama itu, dipilih sebagai calon terbaik UPSR 2011 kategori Keperluan Khas peringkat negeri.

Walaupun sasaran mendapat 5A tidak tercapai, namun, murid Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh di sini, tetap bersyukur kerana dapat memperoleh keputusan baik, lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran kegemarannya iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan, sementara Matematik dan Sains pula B.

"Syukur kepada Allah kerana walaupun kurang penglihatan saya berjaya mencatat keputusan cemerlang dan kekurangan ini tidak menjadi penghalang untuk saya.

''Kejayaan ini juga hasil sokongan ibu bapa dan guru-guru yang banyak membantu selama ini," katanya yang berasal dari Kadok ketika ditemui di sekolahnya di sini semalam.

Muhammad Qayyim yang mengalami masalah penglihatan sejak lahir juga sentiasa dijemput memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis-majlis rasmi di Kelantan.

Anak sulong kepada pasangan Pensyarah Institut Latihan Perindustrian, Pengkalan Chepa, Sarimi Yusof, 46, dan guru bahasa Inggeris SK Paloh, Pintu Geng, Rozan Mohamad, 37, itu juga dinobatkan Johan Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Kebangsaan 2011.

Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolahnya, Mahyudden Mahmud berkata, sungguhpun Muhammad Qayyim mempunyai masalah penglihatan yang memerlukan dia menggunakan braille untuk membaca, namun dia seorang murid berbakat dan mudah memahami pelajaran yang disampaikan.

"Sekali sahaja kita ajar dia terus tangkap. Kalau subjek agama lebih cepat dia tangkap. Dia cukup memanfaatkan pendengarannya terutama kepada perkara yang diminatinya," katanya.

Sementara itu, guru al-Quran SK Kampung Sireh, Fauzi Awang pula berkata, anak muridnya itu dapat menguasai taranum dalam tempoh tiga bulan sahaja sedangkan lazimnya, seorang individu normal mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk menguasainya.

"Allah menganugerahkannya keistimewaan ini dan tambahan pula dia memang minat bertaranum sejak awal lagi kerana memiliki suara kelas A. Pelajar ini juga mampu menguasai tahap suara rendah, sederhana, tinggi dan tertinggi dalam bertaranum," katanya.


buat pengetahuan ..,ni sepupu saya sebelah emak..

sesungguhnya aku kagum dengan dirinya.Aku sendiri pun belum tentu mampu menjadi seperti dirinya..menguasai tarannum dalam masa 3 bulan..Masya'ALLAH..moga kisah ini menjadi iktibar buat diri kita..,insan normal yg diianugerahkan ALLAH dengan kesempurnaan sifat dan akal..

~sama-sama muhasabah diri~


No comments:

Post a Comment