Tuesday, March 30, 2010

..:..sharingg is cAring..:..

Assalamu'alaikum..
sahabat2 seperjuangan yg disayangi..,moga sentiasa di bawah limpahan rahmatNya
Sama-sama kita muhasabah diri sahabat2 sekalian...

KENAPA AKU DIUJI?

“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘kami telah beriman,’sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang- orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang- orang yang dusta “
( Surah Al-Ankabut : ayat 2-3 )

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM- IDAMKAN?

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. “
( Surah Al- Baqarah : ayat 216 )

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “
( Surah Al- Baqarah : ayat 286 )

RASA KECEWA?

“ Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang- orang yang beriman. “
( Surah Al- Imran : ayat 139 )

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“ Wahai orang- orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara- perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “
( Surah Al- Imran : ayat 200 )

“ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang- orang yang khusyuk. “
( Surah Al- Baqarah : ayat 45 )

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang- orang mukmin diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… “
( Surah At-Taubah : ayat 111 )

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. “
( Surah At- Taubah : ayat 129 )

AKU TAK DAPAT TAHAN!

“ … dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. “
( Surah Yusuf : ayat 12 )

p/s : bacer3..hope dpt tenangkan fikiran yg kusut musut tue..hu8

1 comment:

  1. Terima kasih atas post in. Amat berguna bagi saya di saat ini. Menghadapi satu dugaan yang tak pernah termimpi akan berlaku kepada saya.Amat berat. Amat menyedihkan. Amat menyakitkan. Rasa tak tertanggung oleh hati dan diri ini.

    ReplyDelete