Monday, November 28, 2011

..MaBruk WahaI iNsAn..^_^


Assalamu'alaikum w.b.t...

setinggi2 kesyukuran dirafakkan kepada ALLAh S.W.T atas nikmat nafas yg masih diberikan hingga ke saat ini..,juga atas nikmat IMAN dan ISLAM yg tidak dapat dicari ganti..selawat dan salam ke atas junjungan besar S.A.W dan para sahabat Baginda..

Walaupun keputusan UPSR sudah lama diumumkan,namun masih belum terlambat rasanya untuk saya berkongsi berita ini..yang mengisahkan seorang kanak-kanak istimewa yang mampu meraih keputusan cemerlang, yang mana kekurangan dirinya tidak lan
gsung dijadikan alasan untuk tidak mencapai kejayaan..malah menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan..
saya kira masih ada insan normal lain yang keputusan mereka tidak secemerlang adik ini..

~jom baca berita ini~

ARKIB : 19/11/2011

Rabun tidak halang cemerlang


Muhammad Qayyim Nizar Sarimi gembira menatap keputusan UPSR 3A dan 2B di Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh, Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 18 Nov. - Walaupun mengalami masalah penglihatan iaitu rabun, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 13, membuktikan dia masih mampu mencapai kejayaan dengan mendapat 3A dan 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011.

Lebih membanggakan, dia yang pernah muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2011 bagi sekolah rendah dan naib johan program realiti kanak-kanak Adik-Adikku musim pertama itu, dipilih sebagai calon terbaik UPSR 2011 kategori Keperluan Khas peringkat negeri.

Walaupun sasaran mendapat 5A tidak tercapai, namun, murid Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh di sini, tetap bersyukur kerana dapat memperoleh keputusan baik, lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran kegemarannya iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan, sementara Matematik dan Sains pula B.

"Syukur kepada Allah kerana walaupun kurang penglihatan saya berjaya mencatat keputusan cemerlang dan kekurangan ini tidak menjadi penghalang untuk saya.

''Kejayaan ini juga hasil sokongan ibu bapa dan guru-guru yang banyak membantu selama ini," katanya yang berasal dari Kadok ketika ditemui di sekolahnya di sini semalam.

Muhammad Qayyim yang mengalami masalah penglihatan sejak lahir juga sentiasa dijemput memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis-majlis rasmi di Kelantan.

Anak sulong kepada pasangan Pensyarah Institut Latihan Perindustrian, Pengkalan Chepa, Sarimi Yusof, 46, dan guru bahasa Inggeris SK Paloh, Pintu Geng, Rozan Mohamad, 37, itu juga dinobatkan Johan Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Kebangsaan 2011.

Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolahnya, Mahyudden Mahmud berkata, sungguhpun Muhammad Qayyim mempunyai masalah penglihatan yang memerlukan dia menggunakan braille untuk membaca, namun dia seorang murid berbakat dan mudah memahami pelajaran yang disampaikan.

"Sekali sahaja kita ajar dia terus tangkap. Kalau subjek agama lebih cepat dia tangkap. Dia cukup memanfaatkan pendengarannya terutama kepada perkara yang diminatinya," katanya.

Sementara itu, guru al-Quran SK Kampung Sireh, Fauzi Awang pula berkata, anak muridnya itu dapat menguasai taranum dalam tempoh tiga bulan sahaja sedangkan lazimnya, seorang individu normal mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk menguasainya.

"Allah menganugerahkannya keistimewaan ini dan tambahan pula dia memang minat bertaranum sejak awal lagi kerana memiliki suara kelas A. Pelajar ini juga mampu menguasai tahap suara rendah, sederhana, tinggi dan tertinggi dalam bertaranum," katanya.


buat pengetahuan ..,ni sepupu saya sebelah emak..

sesungguhnya aku kagum dengan dirinya.Aku sendiri pun belum tentu mampu menjadi seperti dirinya..menguasai tarannum dalam masa 3 bulan..Masya'ALLAH..moga kisah ini menjadi iktibar buat diri kita..,insan normal yg diianugerahkan ALLAH dengan kesempurnaan sifat dan akal..

~sama-sama muhasabah diri~


Friday, October 14, 2011

..:..MATI ITU PASTI..:..


Assalamu'alaikum...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan seluruh kaum kerabatnya

Sudah lama rasanya tidak mencoretkan genta rasa di laman ini..Tiba-tiba hadir rasa ingin berbicara soal kematian..

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Allah S.W.T. telah mengingatkan kita dalam kitabNya bahawa tiap-tiap yg bernyawa pasti akan merasakan mati..tatkala ayat itu terdengar di telinga atau dibaca oleh lidah kita sendiri, hati yg tunduk padaNya pasti bergetar hebat yang amat..

Siang tadi dada ini rasa terhentak dengan berita kematian seorang jiran sekampung..seorang anak muda yang baru berusia 18 tahun,sangat muda usianya
..kematian tidak mengira usia wahai insan..., walaupun tidaklah rapat dgn arwah,tapi arwah sering menumpang kereta emakku tatkala pulang dr masjid..masih terngiang-ngiang di mindaku telatah arwah yang merengek-rengek berkata.."mokcik,nok tupe mokcik"..owh,ya..arwah merupakan seorang remaja istimewa,mungkin diserang demam panas ketika kecil atau apa..aku tidak pasti tentang itu..Aku lupa penyakit apa yang menyinggahi tubuhnya tetapi yang aku pasti,dia menghembuskan nafas di pangkuan ibunya..Semoga ALLAH menempatkan rohnya di kalangan orang2 yg beriman..amiin.MasyaAllah..amat terkesan dengan pemergiannya..ALLAH menjemputnya di usia 18 tahun..,aku??tiada siapa pun tahu..

Walaupun arwah bukanlah kenalan rapatku,namun,tatkala berita bahawa dia telah 'terlebih dahulu singgah' ke alam barzakh, bergenang air di tubir mataku..,Innalillahi wa innailaihi roji'uun..Mungkin disebabkan hamba yg penuh dosa ini menyedari akan kematian yg makin mendekat..Setiap hari malaikat maut mengelilingiku dan juga anda semua sebanyak 70 pusingan!!..

Hanya ALLAH S.W.T yang memiliki kuasa penuh untuk memberikan nafas bagi kehidupan (saat kita dilahirkan ke dunia dan menghirup udara buat pertama kalinya, siapakah yg menentukannya kalau bukan ALLAH?) atau untuk mengambilnya kembali (siapakah yg dapat menduga saat bilakah kita akan 'kehabisan stok rezeki nafas' kecuali hanya ALLAH ta'ala?)

Sebagaimana waktu kita dilahirkan, keluar dari rahim ibu sendirian, maka kematian pun sendirian, tidak mungkin ditemani harta benda yg kita kumpulkan bersusah payah, tidak ditemani anak,isteri, ibu, sahabat2 dsb melainkan hanya bertemankan amalan-amalan selama kita hidup di dunia fana ini.

YA!..kematian setiap yg bernyawa adalah sesuatu yg pasti, ketetapanNya yg tidak boleh diganggu gugat, berita ttg sakaratulmaut sudah lama kita ketahui, tapi ramai yg buat tak endah..,termasuk diri penulis..Bahkan soalan yg bakal ditanya di alam barzakh sudah lama bocor, tapi mampukah kita lulus dgn cemerlang??kalau soalan final exam yg bocor, mungkin kita boleh score dgn mudah..~fikir-fikirkanlah~..Namun asbab yang memungkinkan hal itu terjadi , waktu dan tempat kejadian merupakan misteriNya yg memang terjadi tanpa disangka-sangka..,sungguh betapa kecil dan lemahnya kita di hadapan ALLAH S.W.T. Ketika kita 'dijemput' menemui Pencipta kita, entah tatkala sedang tidur, sedang makan, sedang dalam perjalanan ke kelas, sedang solat, sedang duduk santai, sedang bersukan, sedang memasak atau entah bagaimana keadaan kita ketika itu.Tatkala ALLAH memerintahkan sang malaikat pencabut nyawa melaksanakan tugas, detik itu juga ia dilaksanakan..,tidak cepat atau lewat walau sedikitpun.

Allah mengingatkan kita dalam ayat-Nya, “Katakanlah : ‘Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.“ (QS. Al-Jumu’ah [62]: 8)

...Ya ALLAH, bimbinglah kami ke jalan yg Engkau redhai, hidupkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman, masukkanlah kami ke dalam syurga bersam-sama iman..semoga kami tetap berada dalam cahaya Islam dan Iman ketika hari itu tiba..terimalah segala amalan kami,..matikanlah kami dalam keadaan Husnul Khatimah...


Sunday, May 8, 2011

.:LA TAHZAN DUHAI HATI:.




Assalamu'alaikum w.b.t...
Segala puji kepada ALLAH S.W.T yg menciptakan insan kerdil ini..pemilik sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.,dan seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Hari ini saya diuji..YA ALLAH..tak tertanggung rasanya.Hari ini saya seolah-olah mengerti makna gagal yg sebenarnya.Ya..,Dia telah menunjukkannya kepada saya.Seakan-akan tersedar dari angan yg panjang,saya tidak mampu berkata apa-apa,minda seolah-olah beku..hati dirasakan sgt kering,tidak berperasaan..Beratnya ujianMu YA ALLAH..Tapi saya sedar puncanya,,,diri saya sendiri,,,

Namun saya sedar,ia adalah tarbiyah dari ALLAH.Dia sedang menunjukkan sesuatu pada saya..Saya harus dan mesti mengambil iktibar apa yg berlaku pada hari ini.Moga ini menjadi titik tolak ke arah penghijrahan yg lebih baik,Insya'ALLAH..Kepayahan itu sesungguhnya satu bentuk tarbiyahNya kpd hati.Selama ini Dia sentiasa memberi apa yg saya perlukan.Pernahkah diri ini bersyukur atas perhatian yg diberikanNya??..Terkadang terdetik,"mengapa aku,bukan orang lain?" Sesungguhnya ALLAH telah menjawab persoalan ini dalam surat cintaNya...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 87)

Duhai hati,sedarlah,betapa segala yg hati ingin ,bukan semua hati kan perolehi.Bukankah Dia sudah terang2 berfirman:-

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Andai yang ditakdirkan tidak seperti yg dijangka,aku redha Ya ALLAH..
Mudah-mudahan peristiwa hari ini menjadi turning point dlm hidupku..
Thabatkan aku pada jalanMu YA ALLAH...

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana segala usaha dan penat lelahku saja
Setiap kali ditimpa musibah
Kumengeluh..,risau bertambah gelisah
Hingga terlupa padaMu YA ALLAH,
Tempat kembali segala masalah
Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanlah hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan...



Setiap kali..segala yang berlaku dalam hidup kita..pasti ada hikmahnya..




Thursday, April 28, 2011

1st DAY PERJUANGAN - MENENTANG HUBUNGAN ETNIK (CTU5553)


Assalamu'alaikum...
lama sudah rasanya tidak meng'update' blog ini..Atas faktor apa??Ketiadaan modal untuk berbicara mungkin, kekangan masa, atau apa??Yang pasti,manusia sering memberi alasan, termasuklah diri ini..ada sahaja alasan atas apa yg berlaku. Aku x ingin menjelaskan di sini atas faktor apa blog ini sudah bersawang sejak sekian lama..,kerna aku x punya alasan yg kukuh.

Alhamdulillah, memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi..,masih diberi peluang untuk hidup dan bernafas di muka bumi ini, masih diberi nikmat iman dan Islam dan atas segala-galanya..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda..

Alhamdulillah, tadi selesai sudah paper pertama : CTU 553
..5 more paper to go..
saya terkedu mendengar seorang teman mengatakan paper tadi senang, walaupun dia tidak begitu tekun mengulangkaji, malah semalam masih sempat berborak-borak sehingga menjelang tgh malam..bayangkan..apapun,setiap orang punya persepsi berbeza...

komen : "saya ditarbiah untuk mengucapkan Alhamdulillah, tak kira ape rase sy"..
jadi,,,Alhamdulillah..,syukur w/pun sy tidak meletakkan harapan
yg tinggi untuk paper ini..carrymarks pun x tahulah berape..Dan saya
b'tmbh kesedaran bahawa setiap apa yg berlaku adalah ketentuan Yang Maha
Esa..,walau sebanyak mana pun kita ikhtiar,tp jika ALLAH x izinkan hal
tu b'laku,tetap x kn jadi..Namun, sy bersyukur sgt5,tatkala di saat2
akhir diberi idea untuk menulis..,Alhamdulillah Ya ALLAH!!Moga-moga
membantu..Insya'ALLAH...

Akhir kalam..,Dialah yg lebih tahu apa yg terbaik..terpulang kepadanya..
~ Bismillahitawakkaltu a'la Allah..~


p/s : still consider Ateh's offer to join her to KLIBF '11 tomorrow..got Syntax paper
the next day,,,:)

Saturday, January 22, 2011

Ashabul Kahfi...


Alhamdulillah,semalam ana telah diberi peluang olehNya untuk turun ke surau Mawar dan solat berjemaah Maghrib dan Isyak bersama2 sahabat2 & penghuni surau mawar yg lain.Usai solat Maghrib berjemaah, kami adakan tadarus surah Al-Kahfi. Surah ini berkisarkan kisah Ashabul Kahfi, 7 orang pemuda yg beriman.Pemuda2 yg beriman ini telah berterus-terang pada seluruh pembesar dan di hadapan Raja Dikyanus bahawa mrk hanya menyembah ALLAh S.W.T

Firman Allah:
dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kamu berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."
Al-Kahfi 18:14)

inilah yg dikatakan oleh 7 org pemuda yg beriman ketika b'diri di hdpn Raja Dikyanus yg zalim lagi sombong.

Firman Allah:
Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmatNya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna
dalam urusanmu.
(Al-Kahfi 18:16)

perkataan ini terjadi antara mereka itu sendiri yang timbulnya kerana ilham dari Allah. Allah telah memberi ilham kepada mereka untuk berlindung di dalam gua. reflect diri kita...cukup tinggi dan kuatkah iman kita sepertimana iman mereka ini? Cuba kita relatekan kisah Ashabul Kahfi ini dgn kehidupan seharian kita. Andaikata kita menghadiri ape2 program yg mengandungi unsur2 maksiat, kuatkah iman kita untuk meninggalkan program t'sebut, ataupun kita terus terpacak di situ?? Tatkala kita berada di suatu tmpt, tiba2 dtg seorang rakan, menceritakan keburukan seorang rakan yg lain (mengumpat)..mampukah kita lari dr tmpt t'sebut??ataupun mampukah hati kita menafikan segala kata2 t'sebut?..
DI MANAKAH TAHAP IMAN KITA??..
peringatan buat diriku...moga kita semua tergolong dlm golongan spt mereka yg kuat imannya,Ameen..

Wallahua'lam.

Ashabul Kahfi - Raihan

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri ke dalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Illahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan syurga
Qitmir yang mulia

Thursday, January 13, 2011

...Takaful Ikhlas...


Assalamu'alaikum....

Setelah lama 'cuti' dari menulis di blog ini,hari ini diberi ruang masa dan kesempatan olehNya untuk menulis lagi...Alhamdulillah...Rindu untuk menulis.Banyak perkara yang ingin dicoretkan dan dikongsi dengan pembaca blog ini,tetapi pasti sangat sukar untuk ana istiqamah dlm penulisan blog ini..

Baru semalam diberi peluang olehNya untuk bertemu seorang sahabat yg sudah lama ana rindui. Kami sudah lama merancang untuk bertemu tetapi belum ada rezeki, baru semalam berkesempatan.Rindunya ana pd sahabat ini hanya ALLAH yg tahu. Bertemu kembali setelah sekian lama terpisah benar2 satu rahmat buat ana. Pertemuan dgn ukhti ini membuat ana terkenang kembali kisah kami ketika di Kuantan dulu..Memori bersama kalian takkan ana lupakan..Along,Bonda,Angah,Achik,Ateh,AnjangAndak,Uda&Ucu..

Sebenarnya pertemuan kami semalam adalah kerana ada temujanji untuk mendengar penerangan tentang takaful ikhlas.Mungkin anda pernah dgr ttg takaful bukan??Tapi sejuh mana anda mengetahui ttg takaful?Sangkaan ana, ianya sama dgn perlindungan insurans yg selalu kita dgr-MAA dsb.Tapi sbnrnye tidak.Ianya lebih kepada simpanan berteraskan Islam.Dan di samping menabung untuk kegunaan masa hadapan, dlm mase yg sama kita turut membantu orang lain. Dalam kata lain, takaful mengamalkan konsep tabarru'(derma).Selepas mendengar penerangan drpd akhi t'sebut, kami berminat untuk menyertai skim takaful ikhlas ini dgn simpanan RM500/sem.


Atas alasan apakah ana menyertai takaful ikhlas ini?Sudah tentunya krn ana sayangkan family ana..relevan x alasan nie.Bagi ana,ye..coz we don't know what'll happen to us in future.Kita hanya merancang, ALLAH jua yg menetukan segala-galanya.So, we better prepare for future undertaking.Ana tak reti nk meluahkan rasa sayang ana melalui kata2..so this the best thing that I can do to show my love to my parents as well as repay their kindness to me since I was small up until now.Memang setiap anak menyimpan impian & cita2 untuk membalas jasa kedua2 ibu bapa setelah habis belajar..bekerja dan seterusnya mempunyai pendapatan sendiri.Tetapi,adakah kita benar2 yakin dan pasti bahawa kita sempat melakukan itu semua??Fikir-fikirkanlah..

sebenarnya, banyak lagi manfaatnya kalau kita masuk takaful ni..mudah2an apa yg ana lakukan ni memberi manfaat pd seluruh umat Islam..